


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, kerja ubahsuai di Tadika Sri Khalifah telah di laksanakan tahun lepas. Ianya dilakukan kerana kontrak penyewaan rumah sebelah (intermediate) telah tamat dan tuan rumah berhajat untuk menual rumah tersebut. Kami di beri peluang untuk membeli rumah tersebut, namun dengan harga RM420,000 yang kemudiannya di kurangkan kepada RM 380,000, kami tak mampu nak membeli rumah tersebut.
Jadi kami perlu merancang untuk mengunakan rumah hujung yang ada untuk tadika tahun 2012 dan seterusnya. Bahagian belakang tadika kami ubahsuai untuk menjadi ruang makan anak-anak tadika. Maka selepas 2 tahun dengan ruang yang luas, kami perlu kembali mengunakan ruang yang ada seperti sebelumnya untuk anak-anak tadika. AlhamduliLlah, selepas ubahsuai yang di lakukan, seperti sebelumnya, guru tadika akan berkongsi ruang dengan anak tadika, dan semua kelas-kelas mereka dapat di sediakan dengan sempurna.
Cuti Tahun Baru Cina yang lalu, tuan rumah (jiran) yang baru ada datang untuk mencuci rumah. InsyaAllah tak lama lagi tadika akan dapat jiran sebelah yang baru..
1 comments:
Please let me know if there is anything we can do to help the admin in preparing our children need. Me and husband will be glad to help.
Post a Comment