Monday, January 30, 2012

External: Tak Payah Pukul Anak


Status Update
By Prof. Dr. Rozieta Shaary
Menjawab soalan Lily dan Roslina. Bagaimana cara lain untuk mendisiplinkan anak selain dpd memukul.
Seperti yg saya jawab sebelum ini, guna kaedah time-out dan menerangkan. Dimana suruh dia duduk atau berdiri di satu sudut. Suruh dia berfikir akan apa yang telah dia lakukan. Namun, sebelum itu, anda hendaklah bila melarang anak berilah reason yg baik. Jangan panjat nanti jatuh, bukanlah satu yg masuk akal bagi mereka. Apa yg anda boleh lakukan ialah mengajar dia bagaimana utk memanjat dgn selamat. Kedua, anda perlu ambil masa menerangkan kepadanya supaya dia akan hanya memanjat bila anda atau suami anda menunggu di bawah dan setakat mana dia boleh memanjat. Dan terangkan dengan reasoning mengapa tidak boleh memanjat tinggi-tinggi sgt. Tidak cukup sekadar nanti jatuh. Itu menakutkan dia dan mengurangkan keyakinan dirinya.
Anda boleh mengajarnya menggunakan kaedah bertanya - Apa akan jadi kalau abang panjat tinggi2 sangat? Dgr jwpn nya. kemudian, bawa perbincangan supaya dia boleh menyedari dia perlu berhati-hati.

0 comments: