Saturday is our second class at LC Sri
Serdang. AlhamduliLlah we manage to get more teachers to attend but
we have yet to get full attendance. InsyaAllah, we will try for our
next class which is on the 11th of February, due to some
long weekend holidays.
Our kindies also provide transit
services for school going children, in between their normal class and
religious class. Some even stay for day care and will leave at
5:30pm.
In one particular instance, a transit
student in one of the kindie had not been behaving very well. He
uses foul languages and had not been respectful of the teachers.
When the teacher tell him to mind his language and he shall speak
nicely to his friend and the teachers. His answer is...
So, what should or can I do? The
teacher asked. She afraid the behavior may influence other (younger)
kids and they may start uses foul language themselves.
Teacher Aen share her experience
handling a similar problem a couple of years ago;
But everybody know the spot is a BAD
spot. You will only be there when you had done BAD. So, nobody want
to be on that spot.
Teacher Aen will also speak to him at
eye level, telling him why he is place there, what has he done wrong,
and what he should do or not do to improve. She also say that she
love him. AlhamduliLlah after several times placed on the BAD spot,
the boy had improved, and behave nicely.
I would like to add that we shall also
inform the parents as well of what we are doing with their kid.
Not to complain but for an understanding. This can be tough as at
times the child behave nicely in front of their parents. But I think
we shall share the responsibility, together with the parents.
Hari sabtu lepas adalah kelas kami yang
kedua di Tadika Nur Iman Sri Serdang. Alhamdulillah lebih ramai
guruguru yang dapat hadir namun masih belum dapat kehadiran penuh.
InsyaAllah kita cuba kelas yang akan datang pada 11hb Februari, lama
lagi disebabkan oleh cuti panjang pada dua hujung minggu yang akan
datang.
Tadika kami turut menyediakan kemudahan
'transit' untuk kanak-kanak sekolah rendah, kelas biasa dan kelas
ugama. Ada juga diantara mereka yang menunggu sampai pukul 5:30
petang sebelum pulang ke rumah.
Ada seorang kanak-kanak 'transit' yang
kurang kelakuannya. Dia mengunakan bahasa yang tak elok bila
bercakap dan tidak menghormati guru di tadika. Bila ditegur tentang
bahasa kurang sopan yang dia gunakan dan sepatutnya dia bercakap
dengan baik kepada guru dan rakannya. Dia hanya menjawab..
'Ada aku kesah...!!'
'Apa yang patut saya buat?' tanya guru
tersebut. Dia risau kelakuan yang kurang elok tersebut akan
mempengaruhi kanak-kanak lain, dan mungkin kanak-kanak kecil yang
lain itu akan mula mengunakan bahasa yang tak elok pula.
Cikgu Aen berkongsi pengalaman beliau
menangani masalah yang serupa 2 tahun yang lalu.
Cik gu Aen menyediakan satu ruang di
tadika yang dia panggil 'BAD SPOT'. Dia akan letakan kanak-kanak
yang berkelakuan tak elok di ruang tersebut. Seperti bergaduh,
bercakap dengan bahasa yang tak elok, gagal menurut arahan guru dan
sebagainya. Masa kanak-kanak tersebut berada di dalam 'BAD SPOT'
bergantung kepada umur mereka. 6 tahun = 6 minit, 4 tahun = 4 minit
dan 5 tahun = 5 minit. Cuma kanak-kanak yang sering berkelakuan tak
elok sahaja yang akan di tempatkan di 'BAD SPOT', jadi tidaklah ruang
tersebut akan penuh setiap hari.
Tapi semua kanak-kanak tahu ruang itu
ialah 'BAD SPOT'. Mereka hanya akan diletak disitu sebab mereka
melakukan sesuatu yang tidak baik. Jadi tidak ada siapa yang mahu
diletakan disitu.
Cik gu Aen akan bercakap dengan
kanak-kanak di 'BAD SPOT' diparas matanya. Sebab kanak-kanak itu
rendah, cikgu Aen akan duduk dengannya. Dia akan beritahu
kanak-kanak tersebut, kenapa dia di letakan di situ, apa kesalahan
yang dia telah buat, dan minta dia perbaiki kelakuannya dengan
menjelaskan apa yang sepatutnya dia lakukan atau cakapkan. Cikgu Aen
juga tidak lupa mengatakan dia sayangkan kanak-kanak tersebut.
AlhamduliLlah selepas beberapa kali di tempatkan di 'BAD SPOT'
kanak-kanak tersebut telah berubah dan berkelakuan baik serta
bercakap dengan sopan.
Saya ingin menambah agar kita
memberitahu ibubapa kanak-kanak tersebut dan apa yang kita lakukan
terhadap anak mereka. Bukan kita nak komplen tapi ingin mendapatkan
persefahaman dengan mereka. Ia mungkin agak sukar sebab
kadang-kadang kanak-kanak ni akan berkelakuan baik di hahapan ibu dan
bapa mereka. Walau bagaimana pun saya rasa kita perlu untuk
berkongsi tanggung jawab mendidik anak-anak mereka bersama.
0 comments:
Post a Comment